Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday 21 March 2011

xkuat ke kite bilew mnangis???

Seorang kanak-kanak menangis…
Dan mama dia kata ‘adik jangan nangis ye sayang…kalau nangis tu maknanya adik tak kuat…anak mama kuat kan….?’

Persoalannya…
Tak kuat ke diri kita disaat kita minitiskan air mata…?
Adakah menangis b’erti diri kita seorang yang lemah…?
Adakah kita seorang yang tidak tabah dengan menangis…?


Menangis itu merupakan saat dimana kita menistiskan air mata…
Dan disaat air mata itu jatuh berderai, berharaplah segala kesedihan dan kesakitan yg ada dalam hati kita juga akan gugur bersama-sama air mata yang menitis….
Air mata yang jatuh berderai pula tentunya akan kering dimana2.…
Mungkin kat bantal peluk sebab time kita nangis tu kita tengah peluk bantal…
Maybe jugak kat sapu tangan coz sapu tangan tu bukan ke buat menyapu si air mata…??
Walau dimana pun air mata itu akan mengering, berharaplah segala kesedihan dan kesakitan yang melanda hati kita akan hilang sebagaimana air mata yang telahpun kering….

So, jangan pernah menganggap menangis itu b’erti tidak kuat…
Jangan pernah menganggap menangis itu b’erti lemah…
Dan jangan jugak menganggap menangis itu b’erti tidak tabah…

Menangislah yang mengajar kita erti tabah dan menjadi seorang yang kuat…
Kerana orang yang tabah dan kuat je yang akan berusaha melupakan kesedihan dan kesakitan yang ada dalam hati dia….
Dan menangis adalah salah satu cara dimana kita dapat melupakan kesedihan dan kesakitan di hati kita…

Tapi…
Pernah kita menangis sebab perkara yang sama berulang kali….
Kenapa kesedihan tu tak hilang2 jugak dari hidup kita…??
Kenapa kesakitan tu tak pergi2 jugak dari hidup kita…???

Tkpe…
Jangan jugak menganggap diri kita lemah sebab menangisi akan perkara yang sama berulang kali…
Teruskanlan menangis untuk terus berusaha membuang semua kesedihan dan kesakitan dalam hati kita…
Kita masih menangisi akan perkara yang sama kerana masih ada sisa kesakitan dan kesedihan yang tertinggal dalam hati kita…
So,tekadkan dalam hati untuk membuang segala kesedihan kita disaat kita minitiskan air mata…
Dan percayalah….
Suatu hari nanti kita pasti boleh melupakan kesedihan itu…
Dan kita tak akan lagi menangisi akan perkara yang telah berlalu…

Jadi….
Disaat kita sedih,menangislah semahunya…
Jangan berlagak tenang mahupun tabah..sedangkan hati berperang menahan sedih…
Jangan biarkan hati dan perasaan kita merana sebab menahan rasa sakitnya…
Lepaskanlah kesedihan kita dengan setiap titisan air mata yang gugur….
Jangan pernah menahan air mata kita dari gugur…
Sebab itulah yang akan lebih menyedihkan hati dan perasaan kita….
Sebab itulah yang lebih membuatkan hati dan perasaan kita merana…

Percayalah kita bukan lemah disaat air mata laju menitis…
Tetapi kita adalah seorang yang tabah kerana berusaha membuang segala kesediahan yang ada dalam diri kita….

2 comments:

  1. like like like like like like!~ sgt like!~
    pasti ada kemanisan & kebahagiaan pada pengakhirannya.. sabar larh selagi mampu..

    ReplyDelete
  2. tp perit kn nk tnggu kbhagiaan 2..
    selautn air mate trpkse dikorbnkn..=(

    ReplyDelete

~AnyThInG 2 SaY ???TuLiH JeW Kt bWh nYh!